Umat Islam diajak agar memanfaatkan ruang yang ada untuk menekuni kupasan dan tafsir al-Quran, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata umat Islam dituntut memperbanyakkan tilawah al-Quran pada tiap Ramadan bagi meningkatkan darjat dan pahala, namun ia tidak harus terhenti sekadar itu selain dituntut untuk bertadabbur (berusaha) memahami seruan dan gesaan Qurani yang sarat dengan mesej akhlak dan kemanusiaan sejagat. “Bahkan memahami mesej al-Quran itu seharusnya lebih ditekankan kerana al-Quran itu hidup, berbicara dan menjadi suluhan dalam tiap kurun sejarah. Ibrah (peng…