Learn more

GLOBAL l Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mengkritik Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berhubung perang ke atas Gaza, menyifatkan pendekatannya sebagai “kesilapan”. “Saya fikir apa yang dia lakukan adalah satu kesilapan. Saya tidak bersetuju dengan pendekatannya,” kata Biden kepada rangkaian TV berbahasa Sepanyol Univision yang berpangkalan di AS dalam satu temu bual pada Selasa, lapor Agensi Anadolu. “Apa yang saya minta ialah Israel menggesa untuk gencatan senjata, membenarkan akses sepenuhnya untuk tempoh enam hingga lapan minggu akan datang untuk semua makanan dan ubat masu…