Bank di Australia akan dipaksa membayar ganti rugi kepada pelanggan yang kehilangan wang akibat penipuan di bawah undang-undang baru yang dicadangkan oleh kerajaan, lapor Xinhua. Dalam ucapan kepada Kelab Akhbar Nasional di Canberra pada Rabu, Penolong Bendahari Stephen Jones berkata undang-undang semasa tidak banyak membantu mangsa penipuan mendapatkan kembali wang mereka. Beliau berkata dalam banyak kes, rakyat Australia tidak boleh diberi ganti rugi atas kerugian penipuan kerana mereka ditipu untuk memindahkan wang melalui transaksi yang sah, yang bermaksud ia tidak melanggar undang-undang …