GLOBAL l Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat pada Rabu mengumumkan Khalid Sheikh Mohammed yang didakwa sebagai dalang utama serangan 11 Sept 2001, bersama dua lagi tertuduh bersetuju membuat pengakuan bersalah. Menurut laporan media AS, pengakuan itu dipercayai sebagai pertukaran untuk mengelak hukuman mati, lapor Agensi Berita Jerman (dpa). “Terma dan syarat perjanjian praperbicaraan tidak tersedia untuk umum pada ketika ini,” menurut jabatan itu. Serangan pengganas pada 11 Sept 2001 melibatkan empat pesawat penumpang yang dirampas dan digunakan untuk menyerang Menara Berkembar Pusat Dagangan…