Pihak pendakwaan tidak mempunyai kes terhadap Najib Razak kerana mereka bergantung kepada keterangan seorang saksi yang sudah meninggal dunia dan seorang lagi orang dalam buruan, hujah peguambela utama kepada bekas perdana menteri itu. Muhammad Shafee Abdullah memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tentang keterangan saksi utama pendakwaan mengenai ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho (Jho Low), yang didakwa bertindak bagi pihak Najib. Peguam itu hari ini memberitahu Hakim Collin Lawrence Sequerah bahawa keterangan bekas pegawai khas Najib, Amhari Efendi Nazarudin telah didedahkan oleh…