Laporan eksklusif oleh Reuters menyebut bahawa pentadbiran Biden akan mengumumkan peraturan baharu bulan depan bagi memperluaskan kuasa Amerika Syarikata (AS) untuk menghentikan eksport peralatan pembuatan semikonduktor dari beberapa negara asing kepada pembuat chip China. Walaupun sekutu AS seperti Jepun, Belanda dan Korea Selatan akan dikecualikan daripada peraturan itu, laporan itu menyebut bahawa negara yang akan terjejas termasuk Israel, Taiwan, Singapura dan Malaysia. Peraturan itu adalah pengembangan peraturan Produk Langsung Asing AS dan apabila ia berkuat kuasa, akan menghalang bebera…