Learn more

Seorang wanita berdepan detik cemas apabila dilarikan seorang lelaki yang cuba mencuri kereta anaknya dalam kejadian di sebuah stesen minyak Semambu, dekat Kuantan, Pahang, petang semalam. Bagaimanapun, pesara guru berusia 66 tahun itu bernasib baik apabila penjenayah terbabit sempat menyuruhnya keluar dari kenderaan berkenaan selepas memandu kereta berkenaan sejauh kira-kira 400 meter. Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata kejadian itu berlaku kira-kira jam 3.10 petang ketika mangsa bersama suaminya dan anak perempuan mereka berhenti di stesen minyak berkenaan untu…

cuu