Presiden Amanah Mohamad Sabu menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim supaya menggunakan pengaruh globalnya dan menganjurkan tatacara baharu dunia bagi menentang Israel. Bercakap pada Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil di Kuala Lumpur, malam tadi, dia berkata dunia tidak mungkin mengharapkan kuasa besar Barat seperti Amerika Syarikat dan Untited Kingdom untuk menangani kekejaman yang dilakukan oleh rejim Israel. “Wahai PM yang kukasihi, namamu begitu harum di seluruh dunia. Kamu berupaya membuat satu tatacara baru di dunia ini. “Rapatlah dengan negara-negara Islam yang ikt…