Kejatuhan ketara pasaran saham Malaysia dan global ketika ini adalah bersifat sementara sebaliknya ekonomi negara berada di landasan yang baik, kata Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan. Ini katanya, di sebalik ekonomi negara berdepan risiko kemelesetan di Amerika Syarikat (AS). “Ekonomi sebenar adalah yang paling penting. Dari segi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia memang kuat. “Kita di landasan baik dan insya-Allah (ekonomi) kita akan terus berkembang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan KWAP Inspire 2024 di Kuala Lumpur, hari ini. Amir Hamzah Azizan Dia berk…