Seorang bekas jurubank dengan cawangan Bank BSI Singapura yang telah ditutup memberi keterangan bahawa bekas majikannya tidak pernah menyemak semula dakwaan ahli perniagaan Low Taek Jho (Jho Low) memetik nama bekas perdana menteri Najib Abdul Razak. Semasa perbicaraan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini terhadap tuntutan SRC International berjumlah AS$1.18 bilion (RM5.5 bilion) terhadap Najib, Kevin Swampillai berkata Jho Low sentiasa memetik nama Najib apabila berurusan dengan pengurusan bank itu. Semasa pemeriksaan balas oleh peguam utama Najib, Muhammad Shafee Abdullah, saksi bagi plainti…