Learn more

Keputusan pilihan raya presiden AS semalam mendorong pemimpin Umno, Puad Zarkashi untuk mengkritik Lim Kit Siang berhubung harapan kemungkinan adanya “Perdana Menteri bukan Melayu” yang dibuat oleh bekas pemimpin DAP itu pada tahun lalu. Ahli Majlis Tertinggi Umno itu merujuk kepada majoriti negeri di AS yang menyokong Donald Trump berbanding calon Parti Demokrat Kamala Harris, seorang wanita keturunan peranakan kulit hitam dan Asia-Amerika. “Wanita masih gagal dipilih untuk jadi Presiden Amerika setelah 248 tahun merdeka. Ikut sejarah, USA merdeka pada 4 Julai 1776. Apakah itu rasis dan diskr…