Ringgit dijangka naik berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan, disokong oleh sentimen yang bertambah baik dalam persekitaran domestik menggalakkan, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid. Beliau berkata mata wang tempatan itu berkemungkinan meningkat antara 4.67 dan 4.69 berbanding dolar AS minggu depan berikutan kenaikan ketara pada minggu sebelumnya. “Sentimen terhadap ringgit dijangka bertambah baik manakala pendapat Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai terkurang nilai (undervalued) juga membantu memberi kesan positif kepada pergerakan ring…