Saya membaca tulisan ini yang disiarkan oleh Malaysiakini yang bertajuk “Pembodohan dan fitnah terbesar PAS”. Penulisnya seorang yang kelihatan ‘istiqamah’ menulis pelbagai artikel cenderung kepada Pakatan Harapan. Ia boleh diselidik lewat artikel-artikel yang sentiasa disiarkan oleh portal ini yang tidak perlu dicerakinkan di sini. Cumanya saya tertarik apabila penulis berhujah bahawa PAS sentiasa menyebut bahawa “Malaysia ialah sebuah negara sekular”. Katanya, “Tidak ada alasan lain mengapa PAS meneruskan tuduhan bahawa Malaysia adalah negara sekular, kerana dengannya, PAS-lah yang paling be…