Selepas 11 tahun ‘hilang’ dari radar industri hiburan, kumpulan genre hip hop rock, Pop Shuvit, melahirkan sebuah karya yang bukan saja menggambarkan sepenuh jiwa mereka dalam muzik bahkan diinspirasi daripada situasi berlaku hari ini. Pemain gitarnya, Rudy Malik, berkata album Phantom Frequencies itu juga menjadi pendorong mereka untuk kembali aktif dalam dunia hiburan selepas ini. “Kami masih aktif cuma dalam kapasiti berbeza kerana semuanya ada kerja masing-masing sama ada dalam industri kreatif atau muzik. “Apabila kami tengok keadaan sekarang, kami rasa inilah masa terbaik untuk Pop Shuvi…