Sekumpulan individu melakukan protes pada majlis makan malam sempena sambutan hari kemerdekaan Amerika Syarikat (AS) di sebuah hotel di Kuala Lumpur malam tadi. Menerusi video yang disebarkan di media sosial, seorang penunjuk perasaan dari Gegar Amerika dilihat menggunakan pembesar suara untuk mengecam AS dan penglibatannya dalam pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin. “Kamu semua bersubahat dalam pembunuhan beramai-ramai… Amerika bertanggungjawab menghantar senjata ke Gaza dan membunuh kanak-kanak Palestin,” jerit lelaki itu dari tangga lobi hotel. Dua lelaki yang memakai kot dan tali leh…