Learn more

Bekas Ketua Pengarah Dewan dan Pustaka (DBP) Datuk Dr Firdaus Abdullah, 79, yang juga dikenali sebagai seorang penulis dan penyajak, meninggal dunia hari ini. DBP memaklumkan perkhabaran itu menerusi Facebook rasminya dan menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga di atas pemergian Allahyarham. “Warga Dewan Bahasa dan Pustaka merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Yang Berbahagia Datuk Dr Firdaus bin Abdullah (Mantan Ketua Pengarah DBP) yang telah kembali ke rahmatullah pada 11 April 2024 bersamaan 2 Syawal 1445. “Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang …

cuu