Seorang mangsa penggodaman masih berpeluang untuk mendapatkan semula lebih RM3.3 juta dalam bentuk mata wang kripto yang hilang daripada akaunnya tiga tahun lalu. Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada Februari lalu menolak permohonan untuk membatalkan saman Yew See Tak terhadap CG Computers Sdn Bhd, penyedia perkhidmatan Apple yang sah. Dua pengarah syarikat itu cuba membatalkan saman berkenaan dan menafikan terlibat dalam sebarang salah laku yang dikaitkan dengan iPhone X milik Yew, yang juga merupakan seorang ahli perniagaan. Ketika dihubungi Malaysiakini, peguam Yew, Ong Yu Jian mengesahkan kep…