Badan pemantau pilihan raya Bersih menggesa debat terbuka diadakan berhubung peruntukan satu pertiga kerusi Parlimen kepada Sabah dan Sarawak, antara dua ahli akademik yang memiliki pandangan berbeza berkenaan perkara itu. Sementara salah seorangnya memberitahu Malaysiakini dia bersetuju untuk berdebat, seorang lagi menyifatkan jemputan Bersih itu sebagai “tidak ikhlas”. Ia selepas Bersih mengeluarkan kenyataan media semalam, seleaps berakhirnya jelajah “Road to Reform” yang turut menyentuh topik itu. “Bagi memulakan dialog tersebut, BERSIH mengusulkan agar satu debat terbuka diadakan antara d…