Sebuah video mendakwa rempah dari India mengandungi air kencing dan tahi lembu didapati berunsur fitnah oleh mahkamah di New Delhi tahun lalu, tetapi dakwaan sama masih tersebar dalam bentuk lain, termasuk dalam kalangan pengguna internet di Malaysia. Di Malaysia, dakwaan itu dibuat menerusi mesej WhatsApp, yang ditulis dalam Bahasa Malaysia, mendakwa Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan AS (FDA) mendapati rempah itu mengandungi 18 peratus air kencing dan najis lembu. “Siapa yang makan kari dan kurma di restoran mamak, restoran Hindu di Malaysia dan siapa yang tempah makanan catering untuk majl…