Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said melancarkan buku elektronik (e-buku) Sulu Fraud vs Malaysia’s Truth semalam untuk memperingati pencapaian dan kejayaan Malaysia setakat ini menangkis tuntutan palsu kumpulan Sulu. Azalina berkata buku itu adalah bagi memberikan gambaran sepintas lalu mengenai penyalahgunaan dan ketidakadilan yang menjejaskan semua rakyat Malaysia, latar belakang sejarah kes, penglibatan (pembiaya litigasi) Therium dan kejayaan penting yang dicapai Malaysia di mahkamah Eropah. Dia yang baru-baru ini melakukan lawatan …