Landskap politik negara jelas menunjukkan perubahan, terutama dari kalangan pengundi Melayu, dan momentum sokongan pada masa hadapan, selepas menyaksikan ‘flip’ pertama, kerusi bertukar tangan, pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri(DUN) Nenggiri, semalam. Biarpun bertanding di ‘gelanggang’ pasukan lawan, Barisan Nasional (BN) mewakili Kerajaan Perpaduan bukan sahaja tidak tenggelam dilanggar badai ‘gelombang hijau’ malah menang bergaya dengan majoriti meyakinkan. Penganalisis politik Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat kemenangan itu memberikan UMNO nafas baharu dengan …