Learn more

Kalangan pelabur asing mengekalkan aliran belian bersih di Bursa Malaysia dengan mencatat aliran masuk dana sebanyak RM352.9 juta, belian bersih bagi minggu keempat berturut-turut, demikian menurut Midf Research. Dalam laporan aliran dana untuk minggu berakhir 16 Februari 2024 yang dikeluarkan semalam, cabang penyelidikan Midf Investment Bank Bhd itu berkata, Selasa lalu menyaksikan aliran masuk dana tertinggi sebanyak RM193 juta. Sektor yang mencatat aliran masuk asing bersih tertinggi adalah perkhidmatan kewangan (RM143.6 juta), telekomunikasi dan media (RM95 juta) serta teknologi (RM61.4 ju…