Pengerusi Amanah Johor Aminolhuda Hassan menyoal jika calon PN Mohamad Haizan Jaafar mampu berkhidmat dengan baik jika dipilih, memandangkan pembangkang telah menolak perjanjian MOU yang membolehkan wakil rakyat mereka menerima dana pembangunan kawasan. “Saya nak bertanya kepada PN, kalau dia menang pun dia boleh buat apa? Kan? “Kalau dia menang pun apa yang dia dapat? Rakyat takkan dapat apa-apa. Sebab apa? Kerajaan akan beri peruntukan kepada wakil rakyat kerajaan. Itu satu. “Yang kedua, kita lihat bagaimana PN yang menolak MOU sedangkan kami diperingkat Kerajaan Persekutuan telah menyediaka…