Veteran Umno turut membangkitkan isu penjualan saham Malaysia Airport Berhad (MAHB) kepada syarikat pro-Israel meskipun telah diberikan penjelasan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Setiausaha Veteran Umno Mustapha Yaakub mendesak kerajaan membatalkan cadangan menjual 30 peratus saham MAHB kepada Global Infrastructure Partners (GIP) subsidiari syarikat Blackrock yang pro Israel. “Sebaliknya menjual saham (MAHB) itu kepada Khazanah dan KWSP bagi membolehkan kedua-dua GLC itu memiliki sepenuhnya saham MAHB yang sekarang 70 peratus dimiliki mereka. “Veteran Umno tidak mahu MAHB sebagai satu enti…