Learn more

Situasi ekonomi negara hari ini tidak boleh disamakan dengan keadaan pada 1998 kerana kedudukan negara ketika ini jauh lebih baik meskipun nilai ringgit merosot berbanding dolar Amerika Syarikat (AS). Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata ketika pada 1998, selain kejatuhan ringgit, kadar inflasi dan pengangguran adalah tinggi manakala tiada pelaburan asing masuk dalam negara. “(Berbeza) ketika ini, ia perlu dilihat secara keseluruhan, (Malaysia) mencatat rekod pelaburan terbesar dalam sejarah, kadar inflasi terus menurun dan kadar pengangguran turut berkurangan. “(Malah) pertumbuhan (ekonomi…