Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail menyelar penyiaran dakwaan dia hadir mendengar ucapan Perdana Menteri Israel pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unga) sebelum ini. Dia juga menafikan sekeras-kerasnya satu status media sosial yang mengaitkannya dengan spekulasi pemimpin Israel bahawa negara Yahudi itu mungkin menjadikan Malaysia sebagai destinasi pengecualian visa. Menulis di X, Saifuddin berakta tindakan berkenaan bernaratif jahat dan adalah fitnah kepadanya dan kerajaan Malaysia. Saya menganggap tujuan posting ini dinaikkan semula adalah bertujuan mencipta…