Pemain sayap Belanda berdarah Maghribi, Anwar El Ghazi, akan menyumbangkan €500,000 (RM2.44 juta) yang diterimanya daripada kelab Mainz untuk anak-anak Gaza. “Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Mainz atas dua perkara. “Pertama, atas bayaran kewangan yang besar, dengan 500k daripadanya akan digunakan untuk membiayai projek bagi kanak-kanak di Gaza,” kata El Ghazi di X dan dipetik Agensi Anadolu hari ini. “Saya berharap Mainz – walaupun berulang kali gagal untuk mengelak daripada membuat bayaran yang sewajarnya – mendapat ketenangan daripada hakikat bahawa mer…