Learn more

Rosmah Mansor mahu hakim yang membicarakan saman barangan kemas AS$346 juta 1MDB terhadapnya menarik diri kerana dia pernah menjadi rakan kongsi firma guaman yang pernah mewakili firma pelaburan negara itu. Isteri bekas perdana menteri Najib Razak yang sedang dipenjarakan itu membuat bantahan dalam afidavitnya bagi menyokong permohonannya untuk hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Adlin Abdul Majid menarik diri daripada mendengar tindakan saman sivil 1MDB tethadapbya. Menurut permohonan dan afidavit yang difailkan semalam, Rosmah mendakwa Adlin adalah rakan kongsi firma guaman Lee Hishamuddin Al…

cuu