Sejak empat bulan lalu, Noriah Hitam masih menunggu penjelasan daripada pihak polis selepas anak sulungnya, Norazman Me, 25, meninggal dunia ketika ditahan di lokap IPD Pekan, dekat Pekan, Pahang. Namun, sehingga hari ini, dia yang berusia 51 tahun mendakwa pihak polis gagal memberikan maklumat terperinci mengenai punca anak sulungnya itu ditemui mati ketika dalam jagaan polis. Kata Noriah, dia boleh menerima anaknya ditangkap polis jika melakukan kesalahan namun dia mahu penjelasan bagaimana anaknya ditemukan meninggal dunia ketika dalam lokap. “Dia berada dalam jagaan polis, ada CCTV (kamera…