Buat kali kedua minggu ini, aktivis politik memberi penjelasan kepada pihak polis mengenai isu permit untuk mengadakan perhimpunan. Timbalan Pengerusi PSM S Arutchelvan tampil mengulas kenyataan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Ashari Abu Samah yang menafikan bahawa tiada kelulusan permit dikeluarkan untuk program Perhimpunan Mega Rakyat Demi Palestin seperti yang dimaklumkan oleh Sekretariat Solidariti Palestin (SSP). Bernama memetik Ashari sebagai menyatakan setakat 27 Feb, penganjur masih belum menyerahkan sebarang notis atau permohonan berhubung perhimpunan yang dijadualkan berlangsung di Ku…