Pendakwah Firdaus Wong memaklumkan dia telah memfailkan enam laporan polis semalam berhubung ugutan bunuh dan dakwaan fitnah. Firdaus berkata semua laporan telah dibuat di balai polis Wangsa Maju terhadap lima individu, menegaskan tindakan ini “sebagai permulaan”. “Satu laporan ugutan bunuh terhadap saya dan ahli keluarga. “Satu laporan ugutan pukul dan selebihnya adalah kerana memfitnah saya,” katanya pada satu hantaran di media sosial. Firdaus yang juga pemilik The Merdeka Times berkata dia akan memfailkan saman fitnah terhadap mereka yang didakwa memfitnahnya itu. “Saya sering nasihatkan sa…