Tanggungjawab kerajaan Sarawak ialah membantu rakyatnya untuk meningkatkan pendapatan, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Beliau berkata walaupun Sarawak kini disenaraikan sebagai negeri yang berpendapatan tinggi, bukan tanggungjawab negeri itu membantu negeri lain yang mundur, kerana itu tanggungjawab kerajaan pusat. “Sarawak kaya sebab kita mampu menguruskan ekonomi kita dengan baik, usaha kita belum habis lagi iaitu untuk menaikkan pendapatan isi rumah rakyat, sebab itu kita majukan kawasan luar bandar terlebih dahulu. “Ada pepatah orang putih berbunyi charity begins at ho…