Bekas Ahli Parlimen Klang Charles Santiago menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk mengadakan sidang Parlimen tergempar mengenai kekejaman yang melanda rakyat Palestin di Rafah. Dalam satu kenyataan, Charles berkata Anwar mesti menuntut agar negara-negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNMS) menggesa gencatan senjata segera diadakan, menghentikan penjualan senjata kepada Israel, dan menguatkuasakan waran tangkap Mahkamah Keadilan Antarabangsa terhadap pemimpin Israel Benjamin Netanyahu melalui Interpol. “Kami, kamu, saya, dan institusi perlu memberi tekanan kepada Amerika Syari…