Kerajaan membelanjakan sejumlah RM13.7 juta bagi menampung kos 39 lawatan Perdana Menteri Anwar Ibrahim ke luar negara sejak dia mengambil alih kuasa pada Nov 2022 hingga Okt tahun ini. Hasil daripada perjalanan tersebut, Menteri Wilayah Persekutuan Dr Zaliha Mustafa berkata, Anwar memperolehi RM353.6 bilion potensi pelaburan pada 2023 dan RM82.6 bilion sejak Jan lalu. Dalam jawapan bertulis parlimen semalam, Zaliha berkata, kos perjalanan pegawai kerajaan ditanggung kementerian masing-masing, manakala anggota keselamatan di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM…